BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 7, 2011

tak sihat

tak ada apa yang menarik
melainkan.
sakit.
demam yang teruk datang
yang pastinya kali ni seakan sama dengan yang terjadi bertahun dulu
siang semua nampak baik2..
bila malam, aku menggigil kesejukan dan terasa panas di dalam badan ku macam terbakar
semalam ada malam yang teruk
aku sendirian
ku gagahkan juga untuk ke bilik air membasahkan towel
bahang terasa , hinggakan katil dan bantal turun terasa hangat
teruk. itu sahaja yang mampu aku ucapkan
dah lama sangat tak demam , bila demam macam ni la
aku ingat aku cuma batuk,selesme dan sakit tekak
tak sangka demam. aku memang sedia maklum bila aku demam,memang teruk.
malam tadi tak tahan panas dengan kaki rasa terbakar aku on aircond , seingat aku
orang kata demam,bia badan berpeluh.
tapi aku dah tak tahan..rasa macam kena panggang
maka aku pasang aircond dan cuba lelapkan mata
sesekali terjaga kerana batuk dan terasa perit di tekak
huh
bangun pagi ni aku asyik batuk .
segera aku ke bilik air untuk membuang bendalir di dalam tekak ku
ia keluar bersama cairan merah
darah
huhhh..
hanya dengan keluhan kecil aku gambar rasa kecewa dan kesakitan
kepala mula berdenyut sekali lagi
dari belakang telinga hingga ke tengkuk aku terasa seakan di cengkam kuat oleh sesuatu
menyebabkan kepala ku berat dan aku lemah
aku duduk bersandar di kerusi
buntu.
aku selongkar peti ais dengan harapan yang mengunung berharap masih tersisa ubat2 lama ku di sana
ye.
masih ada
ubat demam yang tinggal beberapa biji, ubat selesema , dan ubat sakit tekak..
ku telan sebiji sebiji bersulam air suam
perit dan pedihnya tekak , hanya linangan air mata yang mampu menggambarkan kesakitan
tidak pernah aku sakit sebegini
demam ku kali ni berbeza dengan demam ku dulu
dulu mak disisi , kali ni aku sendiri
huh..
alang masak bubur katanya nak bagi ke is..
demam juga kot..
aku cuba jamah , tapi kerana bubur alang masih jelas kelihatan butir2 nasi, tekak ku tak mampu terima
perit dan sakit
aku kembali ke bilik dan cuba lelap
huh..
aku perlukan seseorang , yang faham aku sedang sakit
malang sekali, aku sendiri dan tiada siapa di sisi..
pada siapa hendak ku mengadu sakit..
ini memang takdir ku..
sendirian.
kenapa aku lemah, aku pernah lalui lebih dari ini sendirian..
aku tak boleh lemah..
huh...
aku ingin lena sebentar dan berharap sakit ini akan hilang bila aku buka mata
huh....




AKU BENCI SEMUA ORANG YANG MEMBIARKAN AKU SENDIRIAN TANGGUNG KESAKITAN!!!!