Patah tumbuh Hilang berganti ..
sejak aku masih menyarung uniform sekolah ..
acap kali aku mendengar sebaris ayat tu , dan acap kali juga aku berkata ..
Yang tumbuh takkan sama dengan yang patah
Yang berganti takkan sama dengan yang hilang
ye , benar bukan ..
beri la apa saje contoh ..
mainan , kereta , rumah , apa sahaja ..
jika sesuatu yang kita pernah miliki , digantikan dengan yang lain ..
takkan sama .
begitu juga dengan pasangan kita ..
sedangkan kembar yang diciptakan bersama didalam 1 rahim , 1 darah , 1 nadi ,
masih ada perbezaan , inikan pula yang tidak sama semua itu ..
kini , apa yang sering kali aku katakan .. diaplikasikan dalam hidup ku ..
aku mengenali seseorang , dan mencintai seseorang selepas aku kehilangan seseorang .. =D
sejujurnya , aku mengharapkan dia mampu menggantikan tempat seseorang itu yang tlah lama kosong ..
sejujurnya , aku mahukan dia seperti seseorang yang berlalu pergi itu ..
tetapi , nyata ..
yang kini menjadi pengganti tak sama dan takkan pernah sama dengan yang hilang dulu ...
cinta yang dulu patah juga kini tumbuh dengan cara yang tersendiri .
walau pucuknya hati yang sama , tetapi cinta itu berlainan konsepnya ..
maka , kini aku mencintai dan menyayangi seseorang yang mempunyai variasi nya sendiri ...
seperti mana dia menerima aku dalam variasi ku sendiri , maka aku juga perlu menerima adanya dia ...
maka , oleh itu ...
terus menerima dan menerima ..
biar kali ini hati berbicara dengan akal yang berfikir , biar seiring ...
kerana aku tidak mahu kegagalan yang berlaku kerana sebab yang sama ..