BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 22, 2011

huhhh...

aku terasa kosong...
setiap detik yang berlalu dalam hidupku
seperti bayu yang berlalu tanpa sedar..
setiap langkah yang ku atur longlai tak bermaya..
setiap kata yang ku lafazkan hilang ertinya..
setiap lagu yang aku siulkan hilang merdunya...
entah kenapa dan mengapa aku sebegini..
aku ibarat kapal yang hilang nakhodanya..
terumbang ambing di lautan yang luas..
berharap pada angin meniup layar...
berharap pada arus membawa kapal..
huhh...
tika ini..
ingin sekali aku berlari seribu langkah..
mencari arah ketenangan..
mencari sinar bahagia..
mencari ruang bernafas..
kerana aku kini..
semakin hilang dalam diriku

mampukah AKU ??

rindu yang bermain di jiwa
menggoda musim sepiku
menghereet aku tenggelam
dalam menungan yang panjang
kepedihan ini
menikam tajam hari hari ku
detik waktu yang ku tunggu
tanggungan derita
penuh lara
mestikah aku rebah
tika belati tajam berbisa
menusuk tubuhku
mampukah aku berdiri
saat keseorangan begini
sendiri tanpamu
mengadap hidangan duka
berpanjangan
mampukah aku bersuara
andai jeritan batin ini
terpenjara di ruang kamar bertutup
tanpa simpati sesiapa
sejuta senyuman yang kau tinggalkan
di depan mataku
sejuta resah menangani langkahku
adakah hanya ilusi bagimu?
kenangan demi kenangan
bersamamu dulu
mengusik resah jiwaku
mampukah aku
menghapus semua cerita itu
mampukah aku
mengusir detik indah
kenangan cinta lama kita..
mampukah aku

antara kita

dulu..
Antara kita..
Ada satu ikatan..
Persahabatan..
Indah tika itu..
Tanpa sedar..ikatan persahabatan itu mewujudkan rasa cinta di hati..
Lalu..
Antara kita ada cinta...
Semua berlalu begitu cepat..
Ada manisnya..ada pahitnya..
Ada tawa ada duka...
Ada bahagia ada sengketa..
Hari berganti minggu berganti bulan..
Antara kita ada yang berubah..
Entah di mana silapnya..
Mungkin kesilapan itu tergalas di bahuku..
Ye..aku sedar itu..
Antara kita kini hanya tinggal kenangan..
tangan yang dahulu bertaut erat..
Terlerai..
Langkahku mati disini..
Sedangkan kau jauh di depan..
Melangkah pergi..
Aku masih di sini..
Mengorak langkah berteman ego dan kedegilanku..
Diiringi kenangan semalam..
Yang pasti takkan pernah ku tinggalkan..
Izinkan aku mencuri waktumu..
Untuk sedetik..
Kerana sedetik ini sudah cukup untuk Kau tahu
Aku akan sentiasa mencintai dirimu..
Semoga sahaja selepas detik ini...
Aku bisa berdiri dan bernafas tanpa namamu....