BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 20, 2012

Assalamualaikum diari ku ..


Bismillah .... 

Dah terlalu lama aku tinggalkan diari ni sepi sendiri ..
Bukan aku lupa , bukan juga aku membenci diari ini ..
tetapi kerana batas waktu menyebabkan aku waktu ku untuk bersama diari sangat terhad ..
Diari ..
tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya ... 
mungkin masa berlalu terlalu cepat , tetapi hakikatnya apa yang telah aku lalui
menyebabkan aku merasakan perjalanan ini terlalu panjang ..
masa juga seakan terlalu lambat berlalu ..
Diari ..
dah setahun aku di tanah asing , duduk jauh dari sisi keluarga ..
dah dah setahun lebih dia pergi meninggalkan aku .. 
Diari ..
malam ni aku rasa nak sangat meluah sesuatu atau mungkin meluahkan semua yang selama ini
aku simpan sendiri agar tiada siapa yang mengerti ..
Diari ..
Jika dulu aku paling kuat diantara teman-2 ku ..
aku yang paling dewasa pemikirannya dari teman-2 ku ..
tapi kini ..
aku tidak sekuat itu ..
aku tidak lagi sedewasa itu ..
aku sendiri , aku sepi dan aku sunyi .. ye , itu la yang ku rasakan wahai diari ...
Andai saja kau mampu berbicara pasti kau menjadi teman terbaik disisiku ..
kerana hanya kau yang setia dan terus setia disisi mendengar keluh resah suka duka tawa dan tangis ku ..
terima kasih diari ....