kali ini sesi imbas kembali
zaman sekolah menengah yang baru ku tinggalkan
segalanya masih segar di ingatan
walaupun aku ni seorang yang mudah lupa
tapi
aku sangat sensetif dengan kenangan2 lama aku
sebab
kenangan itu la yang akan aku jadikan guru di hari esok
hehehehe
FORM1
hasil daripada result upsr ku
aku diletakkan di kelas ini
kelas yang di katakn kelas atasan
sebab kelas budak pandai
tapi aku tak suka..aku tak suka dipanggil pandai
sebab aku tidak..aku tahu kemampuan aku
di sini aku berkawan dengan
irene teman sebelah tmpt duduk aku
depan aku syuhada dan rabiatul
dua orang ni mcm kembar
rabiatul fanatik gle kat adam af
suka usik dia
hahaha
dalam kelas ni juga la ada budak2 lelaki yang pasan bagus
tidak manis disebut nama
sebab nye mereka kini kawan baik ku
hahahaha
sengal
tahun ni bosan sangat
budak pandai banyak homework
aku pula pemalas
maka selalu la lari2
hahaah
bestnye men lari2
1BESTARI
FORM2
selepas aku mengalami masalah yang teruk
hahahha
ini la masanya aku di turunkn kelas
kelas ni best
sebab mejoriti kawan2 sekolah rendah aku
aku duduk sebelah akmal
depan aku ain dengan siapa tah
sebelah aku sakinah dan nadia
dulu aku manja dengan kina
apa2 semua ngadu kat dia
dia juga la selalu urut aku
best gila dia urut
time ni juga la aku kenal si nasrul haq dan zam
mcm mimpi ngeri siut
hahahah
dengar je nama tu aku sakit hati sangat
benci
tapi sayang
hahaha
kawan..kawan..kawan..
time ni juga la aku ada konflik dengan nadia
disebabkan dia jeles aku ramai kawan
dia buat tuduhan mengatakan aku meraba perempuan
setahun aku turun naik bilik disiplin bilik kaunseling
apa tah salah aku..
nadia..nadia..tapi sekarang dia la kawan baik aku
taun ni juga la aku baik balik dengan afiqah
gaduh sejak darjah 6 akhirnya form2 kiteorg baik
banyak sangat kenangan form2 ni..
nak cerita malas..
biar aku saja yang tahu kenangan itu
ehhehee
2 DINAMIK
FORM3
masa ni lagi gila..aku diturunkan kelas sekali lagi
hahaahaa
kali ni lagi gila turunkan aku kat kelas paling teruk pada tahun itu
tapi kelas ni dapat pujian sebab happening dan masih jaga ranking
teruknye kat attitude je
masa ni aku berkawan dengan shidi,jaar,redzwan,rahman,lubna,aina,pikah,jas
diorg la kawan2 aku lepak kat blkg kelas bila cikgu takada
diorang memang happening la
lepak dengan budak laki tak lain tak bukan
cerita pasal awek diorg kebetulan masa tu shidi dengan eca kapel so aku la spy eca
hhahhaa
lepak dengan budak perempuan cerita pasal budak laki
hahahha
masa ni la aku jadi nakal
bawa fon g sekolah,ponteng kelas dll
tapi rank aku baik
hahaha
dalam kelas tu aku la yang agak pandai
tengok la letak aku dalam kelas apa..
cuba letak dalam kelas A tak pun B
hahahha
rindu mereka sangat kecuali LUBNA bajet alim
3 EHSAN
FORM4
aku di letakkan di kelas yang aku memang tak jangka..
science
walaupun aku sepatutnya suka tapi aku tidak sebab aku punya kemampuan bukan disitu
bila minta di tukar tak dapat makanya aku meneruskan sahaja
dengan terkontang kanting nasib baik ada kawan2
mereka la gegurl
anis,adhwa,nadia,nana,eha dan aku
kami la sahabat baik
kiteorg mmg buat ikut kepala
semua bnda dalam kelas kiteorg tak amek port
sampai kene maki la group kiteorg
tapi
masa bulan kemerdekaan aku bertungkus lumus untuk menghias kelas
dan aku juga memaksa gegurl tolong aku
dan akhirnya kami menang 1prize
sejak itu group aku tidak lagi dipandang serong
hahahha
masa ni aku duduk sebelah eha
dia suka pukul aku
sampai lebam2..tapi tak kisah la sebab aku yang salah aku suka usik dia dengan idris
aku suka nyanyi lagu im yours , lagu my heart , cinta
hahaha
diorg suka sama suka tapi malu.. hampeh
mne2 pergi mesti ada kiteorg ber6
sahabat selamanya ok
4CERDAS
FORM5
tahun akhir di smkbbsb
aku kurang aktif dengan rumah sukan kesayangan since form1
rumah oren atau lebih di kenali dengan nadim
sayangnya aku kat hang nadim cuma aku,kie,anan dan cha je yang tahu
aku sanggup berujan,berpanas hanya untuk pastikan nadim juara dan kalahkan rumah ungu atau hang lekiu
hahahaa
masa form4 time roadrun aku follow nek moto
taun ni aku kene jaga air..sebab tak ada orang
sedih gila
tapi macam biasa
dalam dewan
aku duduk dengan teman sejeritan ku
cha
bila sahaja nadim di umumkan juara untuk hari itu aku ,cha,kie dan anan la yang paling happy
12tahun lekiu juara dan tahun akhir kami di sekolah ini
nadim menang
terharu gila
tak sia2 tau berujan,berpanas dan hilang suara untuk kemenangan yang dibanggakan tu
sayang OREN sangat2
taun ni takda yang istimewa
cumanya
duduk kelas kabin,banjir tiap kali hujan,jumpa katak selalu
makan nasi lemak dengan 1 kelas,kelas tambahan,dengar leteran mummy
tapi semua itu la yang aku rindukan
rindu nak makan dengan anis,nadia,mira,ezat,syamsul,jabir,alham,ika,farah dll
rindu nak bersihkan kelas dengan farid dan siti
walaupun aku dengan siti asyik gaduh bila sampai kelas pagi kelas banjir
aku dan dia la yang main lumpur bersihkan kelas
bila rehat semua makan ramai2 tarik meja luar kelas makan sambil tengok padang
best tau kelas kiteorang je yang buat sebab aku baik dengan pengetua so aku la minta
hahahaha
tahun ni juga la
gambar2 bersama 1 kelas dapat dirakamkan tanpa masalah seprti tahun sebelumnya
tahun ini juga tahun yang manis dalam hidup aku
walaupun ada pahitnya tapi manis itu lebih banyak
rindu mereka
rindu cikgu
rindu kabin
rindu banjir
rindu nasi lemak
rindu
rindu
rindu
5CERDAS
terlalu banyak memori yang aku simpan dan terlalu manis untuk dilupakan
maka
memori itu aku catatkan didalam sebuah diari dan ku simpan kemas agar memori itu tidak akan hilang
walaupun aku seorang yang tidak lagi seperti dulu tetapi hakikatnya aku masih aku yang dulu yang mendahulukan teman dari segalanya
kerana
aku belajar semua tentang kehidupan
dengan mereka yang bergelar
sahabat
walaupun mereka tidak mungkin ingat semua ini
aku tetap tidak akan melupakan semuanya aku bukan seorang yang mudah lupa pada sesuatu yang mengubah hidup aku
semoga sahaja semua memori ini dapat aku jadikan inspirasi
serta guru untuk aku jadikan panduan
meneruskan hidupku yang pastinya lebih mencabar
selamat tinggal alam persekolahan
ellow hidup baru
SEKOLAH RENDAH BANDAR BARU SUNGAI BULOH
SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU SUNGAI BULOH
KAU TERBAIK DALAM HIDUPKU
KAU TERATAS DI HATIKU
SELAMANYA
