BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Lahir , Kekasih ..

Happy birthday to you ..
Happy birthday to you ..
Happy birthday to my love ..
Happy birthday to you ..

awak , selamat hari jadi ...
maafkan saya kerana tak ada disisi awak ...
maafkan saya tiada bungkusan bereben yang diberikan ...
maafkan saya tiada makan malam bercahaya lilin ...
maafkan saya tiada saat berjalan berpegang tangan ...
maafkan saya ....

awak ,
saya doakan awak dilimpahkan rahmat ..
diberikan kebahagiaan ..
dipermudahkan urusan hidup awak ...
diberikan ganjaran disetiap kebaikan yang awak lakukan ..
semoga awak berjaya dengan apa yang awak lakukan ..
semoga awak berjaya memiliki apa yang awak idamkan ..
semoga awak berjaya membahagiakan keluarga awak ..

awak ,
hari ini hari penting awak ...
senyum la , walau tanpa saya disisi ..
walau tanpa saya menemani ..
walau tanpa saya kini ..

awak ,
usia semakin bertambah maka bertambah juga 1 ujian dalam hidup dan
akan bertambah 1 kemanisan didalamnya ..
semoga awak kuat untuk menghadapinya ..
pengalaman awak lalui selama 25tahun awak hidup , kini ..
aplikasikan ia untuk setahun lagi ...
semoga awak tabah untuk melalui setiap 1 ujian yang diberikan ..
percayalah , kejayaan ada disana ..
dihujung jalan itu ..

awak ,
maafkan saya ..
maafkan saya kerana menjadi seorang kekasih yang banyak kekurangannya ..
hari ini , hari lahir awak ...
hanya hadiah kecil dari hati ini saya kirimkan dari kejauhan ..
rasa hati yang merindui seorang kekasih ...
semoga awak menerima dan merasai hadiah kecil ini ..

Saya Sayangkan Awak , semoga awak merasai itu walau saat ini kita telah berbeza .. =')

"harus ku akui sampai detik ini tak akan ku lupa kisah cinta kita ...
abadi untuk mu kan ukir indah namamu .. =') "

Perasaan Rindu Disemai Rasa Kasih Kelayuan

Diari ,
masa aku typing ni .. aku tak tahu untuk keberapa kali aku menangis ..
aku tak tahu dan aku tak mampu nak ingat bila kali terakhir aku menangis kerana merindui seseorang ..
macam budak-2 kn ?
tapi ini la apa yang aku rasakan ..
kejam ke aku ?
mementingkan diri ke aku ?
aku faham dia bekerja , tapi kenapa sekarang semua tak sama ..
dia baru janji untuk buat aku tersenyum , buat aku gembira ..
tapi esoknya , aku rasa jauh .. cukup jauh ..
entahla , perasaan ini goyah ...
bunga cinta yang disemai semakin hilang perhatian ,
kasih kelayuan , cinta kekeringan , hanya lalang2 rindu yang disemai ..
jarak ini membuatkan aku rasa terabai ..
mungkin kah berkurang kasih kami ?
berbezakah kami ?
terpisah kami ?
dah beberapa hari kami jauh , kami renggang ..
jujur aku kerinduan .. jujur ..
dan jujur , aku juga didatangi seseorang ..
yang mengisi kekosongan .
ye , aku tak merasa kosong , jauh itu tidak lagi ku fikirkan ..
tapi apa ertinya , bila setiap denyut jantung ini miliknya ..
cukup sekadar itu , aku mahu dia ..
hanya dia ..
biar beribu yang datang , walau aku layan 1 per 1 ...
aku masih mahu dia ..
tahu kah dia ?
faham kah dia ?
diari , esok hari jadi dia ...
tapi kami masih macam ni ..
bagaimana harus aku meraikan , bagaimana harus aku mengucapkannya jika dia ada tetapi tiada ...
ya allah , ujian apa yang kau berikan ..
kau berikan kebahagiaan , tetapi belum kami menikmati kau berikan kami keduakaan ...
ya allah , kuatkan hati ini ..
kerana takdirmu kami dipertemukan , kerana takdirmu kami bersama ..
dan jika takdirmu memisahkan kami , aku terima ...
tetapi jangan uji hati dan perasaan kami begini ..
jika akhir kisah kami begini , biar la ia berakhir dengan cara yang baik ..


diari ... i need someone right now:'(

Monday, May 6, 2013

A.W.A.K

awakk .. 
terima kasih kerana mencintai saya ..
mencintai diri saya , sikap saya , perangai saya ..
terima kasih untuk 1 perkenalan yang pelik dan perkenalan 
yang membawa pengalaman baru tu .. 
walau awal perkenalan , tak terlintas dan tak terfikir kau akan mejadi pemilik hati 
kau yang akan menjadi pelangi , kau yang menjadi hala lintar sekali pun .. =P
tetapi kini akhirnya , hati ini ada kamu .. ye , kamu ... hanya kamu . TAKE A NOTE =D



Selamat jalan masa lalu Selamat datang masa depan

SELAMAT JALAN WAHAI KENANGAN .....
SELAMAT JALAN WAHAI MASA LALU ......

Selepas beberapa ketika , akhirnya aku berjaya melangkah ..
melangkah maju kedepan , yes walaupun hanya 1 langkah kedepan ..
atleast , aku maju ... 
=D

SELAMAT DATANG MASA DEPAN .. 


Yang Berganti Tak Sama Dengan Yang Hilang

Patah tumbuh Hilang berganti ..
sejak aku masih menyarung uniform sekolah ..
acap kali aku mendengar sebaris ayat tu , dan acap kali juga aku berkata ..
Yang tumbuh takkan sama dengan yang patah
Yang berganti takkan sama dengan yang hilang
ye , benar bukan ..
beri la apa saje contoh ..
mainan , kereta , rumah , apa sahaja ..
jika sesuatu yang kita pernah miliki , digantikan dengan yang lain ..
takkan sama .
begitu juga dengan pasangan kita ..
sedangkan kembar yang diciptakan bersama didalam 1 rahim , 1 darah , 1 nadi ,
masih ada perbezaan , inikan pula yang tidak sama semua itu ..
kini , apa yang sering kali aku katakan .. diaplikasikan dalam hidup ku ..
aku mengenali seseorang , dan mencintai seseorang selepas aku kehilangan seseorang .. =D
sejujurnya , aku mengharapkan dia mampu menggantikan tempat seseorang itu yang tlah lama kosong ..
sejujurnya , aku mahukan dia seperti seseorang yang berlalu pergi itu ..
tetapi , nyata ..
yang kini menjadi pengganti tak sama dan takkan pernah sama dengan yang hilang dulu ...
cinta yang dulu patah juga kini tumbuh dengan cara yang tersendiri .
walau pucuknya hati yang sama , tetapi cinta itu berlainan konsepnya ..
maka , kini aku mencintai dan menyayangi seseorang yang mempunyai variasi nya sendiri ...
seperti mana dia menerima aku dalam variasi ku sendiri , maka aku juga perlu menerima adanya dia ...
maka , oleh itu ...
terus menerima dan menerima ..
biar kali ini hati berbicara dengan akal yang berfikir , biar seiring ...
kerana aku tidak mahu kegagalan yang berlaku kerana sebab yang sama .. 

Pelangi itu hadir

Pelangi itu hadir setelah hati ini dilanda hujan berpanjangan .

Diari , 
selepas aku melalui saat sakitnya hati berperang dengan perasaan , 
saat langit yang ku dongak seakan hitam bagi ku , 
saat tanah yang ku pijak seperti jauh dari kaki ku , 
saat udara yang selama ini aku hela seperti semakin sikit , 
nyata aku merasakan diri ini seakan mati .. 
sesak . lemas . buntu . keliru . 
aku letih merasakan perasaan itu , dibelengu rasa yang merimaskan .. 
perasaan itu semakin membunuh walau hakikanya aku sendiri mewujudkan rasa tu .. 
tetapi , resam dunia .. 
yang gelap tak selalu gelap .. 
yang indah tak selalu indah .. 
selepas aku melalui fasa kedukaan , aku kini kembali ke fasa keindahan 
fasa kebahagiaan .. 
ye , diari .. 
pelangi yang dulu hilang telah kembali .. 
hati yang terasa kosong , kembali terisi .. 
kini , aku mendongak dilangit yang cerah dan tanah yang ku pijak dikaki ku .. 
alhamdulillah

Thursday, May 2, 2013

Hati ku keras , Rasa ku mati

Diari , few days before ..
kiteorg gaduh teruk sangat ..
i dont know why , aku rasa jauh ..
jauh sangat ..
now , bila dapat tahu dia dah balik rumah tu balik ..
semakin terasa jauh , dan MATI rasa ini ..
its ok bout that , but bila dia aktif balik fb CINTA dia tu ..
dan bila aku perhati 1 per 1 album dan gambar ...
nyata , masih ada gambar dia bersama ..
nampak tak diari , dia sayang sangat kat KEKASIH dia tu ..
nampak tak diari , sebenarnya aku tak penting ..
kalau aku penting , dia akan buang semua tu untuk jaga perasaan aku ..
kalau aku tak sayang , aku takkan cemburu , aku takkan merayu dia buang gambar2 tu ..
tapi dia tak buat apa-apa untuk aku ..
mungkin , lebih baik aku berdiam diri ..
cukup la hati ni cemburu , biar la hati ni sendiri ..
insyaAllah aku akan ketemu cinta abadi aku selepas ni ..
i'm tired with this LIFE , this WORLD .
lets make a change .. insyaAllah .. =')
enough is enough kn ..
sejujurnya , aku tak gila melayan orang sekejam itu jika hati aku tak dicabar dan dibakar dengan api cemburu .

TERIMA KASIH DIARI :')

Wednesday, April 10, 2013

Siapa dia ?

ramai bertanya mengapa dan kenapa aku kini sering bersama handphone dan asyik berbunyi je . haha
nampak tak apa maksudnya ..
selama ni kalau BB dalam tangan means aku tengah update status ..
kalau SAMSUNG dalam tangan means aku tengah main game ..
kalau NOKIA dalam tangan means aku tengah dengar lagu ..
tapi sekarang 1 hp je cukup ..
BB tu je yang selalu dalam tangan .
bila vibrate (dlm kls) , bila bbnyi ..
aku la manusia yang akan snyum dulu ..
jadi , menimbulkan persoalan pada mereka-2 ...
kawan-2 rapat ku , senior-2 ku ..
"Awek mana plakk ..? "
"Dah ada awek la tu .. "
"Orang bahagia lenim ... "
setiap kenyataan dan soalan aku jawab dan terima dengan senyuman ..
bila di tanya siapa ...
haaaaa .. itu rahsia ..
belum bersedia nak buat pengumuman rasmi .
tapi lately asyik misss je ..
si nea dah nampak dia masa kiteorg webcam ..
then dia nampak plak tweeter dia masa aku online dalam kelas ..
disebakan dia letak muka aku dalam tweet dia , maka bocor sudah
siapa dia dan namanya ..
huhuu ..
itu la dia yang kini menjadi pemilik hati ini ..
MELATI ..

Hati bertukar pemilik .

Mimpi dia datang tapi lepas tu dia pergi ..
dan aku melepaskan dengan senyuman .. 
tiada lai airmata tiada lagi halangan .. 



2tahun dulu DAN kini .

Masih terbayang macam mana aku diam membisu bila dia minta untuk pergi .
Masih terbayang macam mana aku menangis bila dia datang ke kiosk aku ..
dan masih terngiang2 suara seorang kakak kepada aku dan dia memberi aku kata-kata semangat ..
selepas kejadian tu , 1 per 1 masalah datang ..
aku berhenti kerja , larikan diri dari tempat tu , dari orang yang menjadi punca perpisahan ku ..
Ye , aku masih ingat dan tak pernah lupa ..
Itu la 2tahun dulu ..
seperti separuh nyawa ku dibawa bersama ..
tak makan . tak minum . termenung .
separuh gila rasanya ...
tapi itu 2tahun dulu ..
aku tak seperti dulu ...
walau ada kalanya aku rindu ..
rindu pada dia yang banyak mengubah aku dengan caranya ..
mendewasakan ku dengan sikapnya ..
mendidik ku dengan prinsipnya ..
menyayangi aku dengan hatinya ..
itu la dia ..
NAZURA .. nama yang tak mungkin ku lupa ..
tapi tak mungkin untuk dikenang ..
bertuah siapa memiliki dia , dia cukup sempurna ..
semoga dia bahagia ,
bahagia bersama seseorang yang kini memahami dirinya ..
semoga dia kini semakin menghampiri cita-2 nya ...

Thursday, January 31, 2013

Happy Born day .. Sweet 20 ... =D


Dear diari , hari ni genap 20tahun aku bernafas .. Syukur alhamdulillah .. 
Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang aku ada sekarang ..
walaupun mungkin tak seperti keluarga lain , tapi jika bukan kerana mereka ..
aku takkan menjadi aku sekarang ...
Ya Allah  ,  terima kasih kerana telah meminjamkan aku masa Mu sehingga ke hari ini ...
Dear diari ...
Tahun ni tahun kdua aku sambut bufday aku jauh dri sisi kluarga ..
lain rasanya , rindu pun ada .. tapi xpela diari .. biasakan diri kn ?
Sempena 20tahun ni ...
Aku harap aku akan menjadi seorang yang lebih baik , lebih matang , lebih dewasa , lebih kuat ..
Insya Allah ..

Oh ye diari ... Aku masih menunggu ucapan dari seseorang .... dia lupa dah kot .. :(